Tidak Ditemui
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْمَعَاصِي تُزِيلُ النِّعَمَ.
Teks Bahasa Melayu
Maksiat menghilangkan kenikmatan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Tidak Ditemui
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 171 - 172, hadis no. 305. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السخاوي: لم أقف عليه، قال ابن الديبع: يعني مرفوعا وإلا فهو في كلام السلف وقال الشاعر: (إذا كنت في نعمة فارعها ... فإن المعاصي تزيل النعم). قلت: ومعناه في القرآن أيضا، قال تعالى: {إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغيرُوا مَا بِأَنْفسِهِم}، وقال عز وجل: {وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاس الْجُوع وَالْخَوْف بِمَا كَانُوا يصنعون}. هذا، والمحدث لا يسأل إلا عن اللفظ، وإلا فقلما يوجد حديث ذكروا أنه لا أصل له، أو موضوع، إلا ويوجد له معنى في الكتاب والسنة.
Al-Sakhawi berkata: Aku tidak pernah menemuinya. Ibn al-Dayba‘ berkata: Maksud kata-katanya (al-Sakhawi) secara marfu‘ kerana ia merupakan daripda kalam salaf dan kata penyair: (Apabila engkau berada dalam kenikmatan hendaklah engkau memeliharanya kerana maksiat menghilangkan nikmat-nikmat.) Kataku: Dan maknanya terdapat dalam Quran juga. Firman Allah Ta’ala: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri", [Surah al-Ra'd: 11]. Dan Dia ‘Azza wa Jalla juga berfirman: "Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan", [Surah al-Nahl: 112]. Ini dan ulama hadis tidak bertanya melainkan tentang lafaz jika tidak setiap kali terdapat hadis mereka menyebut bahawa ia tiada asal baginya atau palsu melainkan terdapat padanya makna dalam Quran dan Sunnah.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman