Maksiat melihat ke dalam rumah orang lain

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مَا مِنْ رَجُلٍ يُدْخِلُ بَصَرَهُ فِي مَنْزِلِ قَوْمٍ إِلا قَالَ لَهُ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: أُفٍّ لَكَ آذَيْتَ وَعَصَيْتَ، ثُمَّ يُوقِدُ النار عليه إليه يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seorang lelaki yang melihat ke dalam rumah suatu kaum melainkan akan berkata malaikat yang diwakilkan dengannya: Ah, engkau telah melakukan gangguan dan maksiat, kemudian dibakar api neraka keatasnya pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 206, hadis nombor 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي إسناده: كذاب

Pada sanadnya ada pendusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.