Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Maksiat melihat ke dalam rumah orang lain

Teks Bahasa Arab

مَا مِنْ رَجُلٍ يُدْخِلُ بَصَرَهُ فِي مَنْزِلِ قَوْمٍ إِلا قَالَ لَهُ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: أُفٍّ لَكَ آذَيْتَ وَعَصَيْتَ، ثُمَّ يُوقِدُ النار عليه إليه يوم القيامة.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah seorang lelaki yang melihat ke dalam rumah suatu kaum melainkan akan berkata malaikat yang diwakilkan dengannya: Ah, engkau telah melakukan gangguan dan maksiat, kemudian dibakar api neraka keatasnya pada hari kiamat.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 206, hadis no. 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي إسناده: كذاب

Pada sanadnya ada pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.