TEKS BAHASA ARAB
حديث: المعاصي تزيل النعم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Maksiat itu boleh menghilangkan nikmat".
STATUS
Tidak dijumpai asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 170, hadis nombor 512. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حديث: المعاصي تزيل النعم. قال السخاوي: لم أقف عليه مرفوعا، وإلا فهو كلام كثير من السلف، ويؤيده قوله تعالى: {فكفرت بأنعم الله فأذاقها الله لباس الجوع} الآية [النحل: 112] .
Hadith: “Maksiat itu boleh menghilangkan nikmat". Al-Sakhawi berkata: Aku tidak menjumpai sandarannya kepada Nabi.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.