Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أبعدُ الخلقِ من اللهِ رجلانِ: رجلٌ يُجالسُ الأمراءَ؛ فما قالوا من جورٍ؛ صدَّقهم عليه، ومعلمُ الصبيانِ؛ لا يُواسِي بينهم، ولا يراقبُ اللهَ في اليتيمِ.
Teks Bahasa Melayu
Makhluk yang paling jauh dengan Allah adalah dua jenis lelaki: Lelaki yang duduk bersama para pemimpin, namun membenarkan kezaliman yang mereka katakan. Juga orang yang mengajarkan kanak-kanak, dia tidak menjadi contoh kepada mereka, dan tidak merasakan Allah mengawasinya ketika menjaga anak yatim.
Sahabat Perawi
- Abi Umamah al-Bahili RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 812, hadis no. 4183. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي أمامة الباهلي –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله –صلى الله عليه وسلم-: ((أبعد الخلق من الله رجلان: رجل يجالس الأمراء؛ فما قالوا من جور؛ صدقهم عليه، ومعلم الصبيان؛ لا يواسي بينهم، ولا يراقب الله في اليتيم). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6158)].
(Munkar) Daripada Abi Umamah al-Bahili RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Makhluk yang paling jauh dengan Allah adalah dua jenis lelaki: Lelaki yang duduk bersama para pemimpin, namun membenarkan kezaliman yang mereka katakan. Juga orang yang mengajarkan kanak-kanak, dia tidak menjadi contoh kepada mereka, dan tidak merasakan Allah mengawasinya ketika menjaga anak yatim. [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6158]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman