Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Makhluk yang paling jauh daripada Allah SWT adalah dua orang lelaki

Teks Bahasa Arab

أبعدُ الخلقِ من اللهِ رجلانِ: رجلٌ يُجالسُ الأمراءَ فما قالوا من جورٍ صدَّقهم عليه ، ومعلمُ الصبيانِ ؛ لا يُواسِي بينهم ، ولا يراقبُ اللهَ في اليتيمِ.

Teks Bahasa Melayu

Makhluk yang paling jauh daripada Allah SWT adalah dua orang lelaki: Seorang lelaki yang duduk bersama dengan para pemerintah, apa yang mereka ucapkan daripada perkara kezaliman dia membenarkan ucapan mereka dan seorang lelaki yang mengajarkan kanak-kanak kecil, namun dia tidak menjadi contoh teladan yang baik kepada mereka serta dia tidak menjaga kebajikan anak yatim.

Sahabat Perawi

  1. Abū Umāmah al-Bāhilī RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 120, hadis no. 620. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه مرفوعا: أبعد الخلق من الله رجلان: رجل يجالس الأمراء فما قالوا من جور صدقهم عليه ومعلم الصبيان لا يواسي بينهم ولا يراقب الله في اليتيم. [ابن عساكر، الضعيفة (6158)]

(Munkar) Daripada Abū Umāmah al-Bāhilī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : Makhluk yang paling jauh daripada Allah SWT adalah dua orang lelaki: Seorang lelaki yang duduk bersama dengan para pemerintah, apa yang mereka ucapkan daripada perkara kezaliman dia membenarkan ucapan mereka dan seorang lelaki yang mengajarkan kanak-kanak kecil, namun dia tidak menjadi contoh teladan yang baik kepada mereka serta dia tidak menjaga kebajikan anak yatim. [Riwayat Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6158]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.