Makhluk yang paling hina di sisi Allah adalah orang alim yang menziarahi pegawai-pegawai (kerajaan)

TEKS BAHASA ARAB

‌إن أهون الخلق على الله العالم يزور العمال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya makhluk yang paling hina di sisi Allah adalah orang alim yang menziarahi pegawai-pegawai (kerajaan).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1261, hadis nombor 6439. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‌موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن أهون الخلق على الله العالم يزور العمال.
[الرافعي، ((الضعيفة)) (3299)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya makhluk yang paling hina di sisi Allah adalah orang alim yang menziarahi pegawai-pegawai (kerajaan).
[Riwayat al-Rafi'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3299]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs