Makhluk yang paling dibenci oleh Allah adalah orang alim yang menziarahi pemerintah

TEKS BAHASA ARAB

إن أبغض الخلق إلى الله سبحانه العالم يزور العامل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya makhluk yang paling dibenci oleh Allah adalah orang alim yang menziarahi pemerintah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1254, hadis nombor 6407. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إن أبغض الخلق إلى الله سبحانه العالم يزور العامل.
[أبو القاسم النيسابوري في ((أحاديث عوال منتقاة))، ((الضعيفة)) (2962)].

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya makhluk yang paling dibenci oleh Allah adalah orang alim yang menziarahi pemerintah.
[Riwayat Abu al-Qasim al-Naisaburi dalam Ahadis 'Awal Muntaqah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2962]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs