Makhluk yang paling Allah benci, adalah orang yang beriman kemudian kafir

TEKS BAHASA ARAB

أبغض الخلق إلى الله، لمن آمن ثم كفر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makhluk yang paling Allah benci, adalah orang yang beriman kemudian kafir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 515, hadis nombor 2739. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «أبغض الخلق إلى الله، لمن آمن ثم كفر». [تمام، ابن عساکر، طب، «الضعيفة» (5758)].

(Lemah) Daripada Mu’az bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Makhluk yang paling Allah benci, adalah orang yang beriman kemudian kafir. [Riwayat Tamam, Ibnu 'Asakir dalam Tarikh Dimashq dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.5758].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.