Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Makhluk-makhluk di bumi itu orang yang ditanggung oleh Allah SWT

Teks Bahasa Arab

الخَلْقُ عِيالُ اللهِ، فَأَحَبُّ عِيالِهِ أَلْطَفُهُمْ بأهلِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Makhluk-makhluk di bumi itu orang yang ditanggung oleh Allah SWT. Maka tanggungannya yang paling Allah SWT sayang adalah yang paling lemah lembut dengan ahli keluarganya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas‘ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 111, hadis no. 572. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبدالله بن مسعود - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: الخلق عيال الله، فأحب عياله ألطفهم بأهله. [عد، ((الضعيفة)) (5735)]

(Munkar) Daripada ‘Abdullah ibn Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Makhluk-makhluk di bumi itu orang yang ditanggung oleh Allah SWT. Maka tanggungannya yang paling Allah SWT sayang adalah yang paling lemah lembut dengan ahli keluarganya. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5735]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.