Makhluk kesemuanya merupakan keluarga Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الخلق كلهم عيال الله، فأحب خلقه إليه، أنفعهم لعياله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makhluk kesemuanya merupakan keluarga Allah, dan makhluk-Nya yang paling dikasihi adalah yang paling memberi manfaat kepada keluarganya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 190, hadis nombor 974. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك وعبد الله بن مسعود وأبي هريرة -رضي الله عنهم – عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((الخلق كلهم عيال الله، فأحب خلقه إليه، أنفعهم لعياله)).
[ابن أبي الدنيا في ((قضاء الحوائج))، المخلص في ((المجلس الأول من المجالس السبعة))، السلفي في ((الطيوريات))، هب، عد، حل، خط، ((الضعيفة)) (‌‌1900)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik, ‘Abdullah bin Mas‘ud dan Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bersabda: Makhluk kesemuanya merupakan keluarga Allah, dan makhluk-Nya yang paling dikasihi adalah yang paling memberi manfaat kepada keluarganya.
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Qadha’ al-Hawa’ij, al-Mukhallis dalam al-Majlis al-Awwal Min al-Majalis al-Sab’ah, al-Silafi dalam al-Thuyuriyyat, al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Abu Nu'aym dalam al-Hilyah dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1900]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.