Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الخلقُ كلُّهم عِيالُ اللهِ، فأَحَبُّ خَلْقِهِ إليه، أنفعُهم لِعِيالِه.
Teks Bahasa Melayu
Makhluk kesemuanya merupakan keluarga Allah, dan makhluk-Nya yang paling dikasihi adalah yang paling memberi manfaat kepada keluarganya.
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin Mas‘ud RA
- Abu Hurairah RA
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 190, hadis no. 974. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك وعبد الله بن مسعود وأبي هريرة -رضي الله عنهم - عن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((الخلق كلهم عيال الله، فأحب خلقه إليه، أنفعهم لعياله)). [ابن أبي الدنيا في ((قضاء الحوائج))، المخلص في ((المجلس الأول من المجالس السبعة))، السلفي في ((الطيوريات))، هب، عد، حل، خط، ((الضعيفة)) (1900)]
(Daif) Daripada Anas bin Malik, ‘Abdullah bin Mas‘ud dan Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bersabda: Makhluk kesemuanya merupakan keluarga Allah, dan makhluk-Nya yang paling dikasihi adalah yang paling memberi manfaat kepada keluarganya. [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Qadha’ al-Hawa’ij, al-Mukhallis dalam al-Majlis al-Awwal Min al-Majalis al-Sab’ah, al-Silafi dalam al-Thuyuriyyat, al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Abu Nu'aym dalam al-Hilyah dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1900]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman