Makanlah yang terbunuh di hadapanmu dan tinggalkan yang mati setelah lenyap

TEKS BAHASA ARAB

كل ما أصميت، ودع ما أنميت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makanlah yang terbunuh di hadapanmu dan tinggalkan yang mati setelah lenyap.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 410, hadis nombor 2203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – أن عبد اً أسود جاء النبي ﷺ فقال: يمر بي ابن السبيل وأنا في ماشية لسيدي، فأسقي من ألبانها بغير إذنهم؟ قال: «لا». قال: فإني أرمي وأصمي وأنمي. قال: «كل ما أصميت، ودع ما أنميت». [طب، «الضعيفة» (4101)].

(Sangat Lemah) daripada Ibn Abbas RA: Bahawa seorang hamba berkulit hitam telah datang kepada Nabi ﷺ dan berkata: "Seorang pengembara melintasi aku dalam keadaan aku sedang bersama dengan ternakan-ternakan milik tuanku, lalu aku pun memberi minum (pengembara itu) daripada susunya tanpa izin tuanku?". Baginda bersabda: "Jangan". Hamba itu membalas: "Sesungguhnya aku yang memburu dan (ada yang) terbunuh di hadapanku serta (ada yang) mati selepas lenyap". Baginda bersabda: "Makanlah yang terbunuh di hadapanmu dan tinggalkan yang mati setelah lenyap". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4101].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs