TEKS BAHASA ARAB
كلوا التين، فلو قلت: إن فاكهة نزلت من الجنة بلا عجم لقلت هي التين وإنه يذهب بالبواسير وينفع من النقرس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Makanlah [buah] tin! Jika aku katakan bahawa sesungguhnya buah tanpa biji yang turun dari syurga, pasti aku katakan ia buah tin. Ia boleh menghilangkan penyakit buasir dan memberikan manfaat (untuk menghilangkan) daripada penyakit gout.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 63, hadis nombor 352. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith ini bukan termasuk lafaz-lafaz Nabi dan pendustaannya juga jelas.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.