Makanlah tamar dengan perut kosong

TEKS BAHASA ARAB

حديث: كلوا التمر على الريق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Makanlah kamu tamar dengan perut kosong.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 180-181, hadis nombor 62. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن ابن عباس مرفوعا وفي إسناده: عصمة بن محمد وهو كذاب.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat Ismah bin Muhammad seorang perawi pendusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs