Makanlah makanan kamu dengan mengingati Allah, dan janganlah kamu tidur dalam keadaan kenyang

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أذيبوا طعامكم بذكر الله ولا تناموا عليه فتقسو قلوبكم.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Makanlah makanan kamu dengan mengingati Allah, dan janganlah kamu tidur dalam keadaan kenyang, nescaya hati-hati kamu akan menjadi keras.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 156, hadis nombor 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن عائشة مرفوعا وفي إسناده: أصرم بن حوشب كذاب وفي إسناد له آخر عند ابن عدي أيضا: بزيع أبو الخليل وهو متروك والحديث موضوع.
قال في اللآلىء: أخرجه الطبراني في الأوسط وابن السني في عمل اليوم والليلة وأبو نعيم في الطب والبيهقي في الشعب كلهم من طريق بزيع وأخرجه من طريق أصرم ابن السني في الطب هذا معنى كلامه ولا يصلح للتعقيب.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW), pada sanadnya terdapat Asram Ibn Haushab seorang perawi pendusta dan pada sanad yang lain di sisi Ibnu ‘Adi juga terdapat perawi bernama Bazi’ Abu Khalil seorang yang matruk dan hadith ini adalah palsu.
Al-Suyuthi berkata di dalam kitab al-La’ali: Al-Tabarani telah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Awsat, dan Ibnu Sunni di dalam kitabnya Amal al-Yaum wa Lailah, Abu Nu’aim di dalam kitabnya at-Tibb, dan Al-Baihaqi di dalam kitabnya al-Syu'ab dan mereka semua meriwayatkannya dari jalan Bazi’ dan diriwayatkan daripada jalan Asram, Ibnu Sunni di dalam kitabnya at-Tibb, inilah maksud perkataannya dan tidak sesuai untuk dikritik.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs