Makanlah kamu semua, sesungguhnya aku tidak sama seperti kamu

TEKS BAHASA ARAB

كلوه؛ فإني لست كأحدكم؛ إني أخاف أن أوذي صاحبي – يعني: الملك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makanlah kamu semua, sesungguhnya aku tidak sama seperti kamu. Aku takut aku akan menyakiti sahabatku – Iaitu malaikat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 209, hadis nombor 1103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن أبي يزيد أخبره أبوه، قال: نزلت على أم أيوب الذين نزل عليهم رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، نزلت عليها، فحدثتني بهذا عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أنهم تكلفوا طعاما فيه بعض هذه البقول، فقربوه، فكرهه، قال لأصحابه ((كلوه؛ فإني لست كأحدكم؛ إني أخاف أن أوذي صاحبي – يعني: الملك-)). [ت، ه، حم، الدارمي، ((الضعيفة)) (4100)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Abi Yazid bahawa bapanya mengkhabarkan kepadanya, beliau berkata: Aku singgah di rumah Ummu Ayyub yang mana Rasulullah SAW pernah singgah ke rumahnya. Lalu dia menceritakan kepadaku: Bahawa mereka sekeluarga pernah menghidangkan makanan yang mengandungi beberapa sayuran ini, kemudian mereka mendekatkannya kepada baginda, namun baginda tidak menyukainya. Lalu baginda berkata kepada para sahabatnya: Makanlah kamu semua, sesungguhnya aku tidak sama seperti kamu. Aku takut aku akan menyakiti sahabatku – Iaitu malaikat.
[Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan beliau, Ibn Majah dalam Sunan beliau, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan al-Darimi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4100]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs