Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كُلوهُ؛ فإنِّي لستُ كَأَحدِكم؛ إنِّي أخافُ أنْ أُوذِيَ صاحِبي - يَعْني: الملَك.
Teks Bahasa Melayu
Makanlah kamu semua, sesungguhnya aku tidak sama seperti kamu. Aku takut aku akan menyakiti sahabatku - Iaitu malaikat.
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin Abi Yazid
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 209, hadis no. 1103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن أبي يزيد أخبره أبوه، قال: نزلت على أم أيوب الذين نزل عليهم رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، نزلت عليها، فحدثتني بهذا عن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - أنهم تكلفوا طعاما فيه بعض هذه البقول، فقربوه، فكرهه، قال لأصحابه ((كلوه؛ فإني لست كأحدكم؛ إني أخاف أن أوذي صاحبي - يعني: الملك-)). [ت، ه، حم، الدارمي، ((الضعيفة)) (4100)]
(Daif) Daripada ‘Abdullah bin Abi Yazid bahawa bapanya mengkhabarkan kepadanya, beliau berkata: Aku singgah di rumah Ummu Ayyub yang mana Rasulullah SAW pernah singgah ke rumahnya. Lalu dia menceritakan kepadaku: Bahawa mereka sekeluarga pernah menghidangkan makanan yang mengandungi beberapa sayuran ini, kemudian mereka mendekatkannya kepada baginda, namun baginda tidak menyukainya. Lalu baginda berkata kepada para sahabatnya: Makanlah kamu semua, sesungguhnya aku tidak sama seperti kamu. Aku takut aku akan menyakiti sahabatku - Iaitu malaikat. [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan beliau, Ibn Majah dalam Sunan beliau, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan al-Darimi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4100]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman