TEKS BAHASA ARAB
حديث: عليكم بالعدس، فإنه مبارك، يرقق القلب، ويكثر الرحمة، قدس فيه سبعون نبيا. وفي لفظ: آخرهم عيسى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Makanlah kacang adas kerana ia diberkati, ia boleh melembutkan hati dan memperbanyakkan rahmat. Ia disucikan oleh 70 nabi.
Dan dalam lafaz lain: Terakhir dalam kalangan mereka adalah ‘Isa.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 123, hadis nombor 343. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
سئل عنه ابن المبارك فإنه أسند روايته عنه. فقال: وعني؟ {أرفع شيء في العدس أنه شهوة اليهود، ولو قدس فيه نبي واحد لكان شفعاء من الأدواء، فكيف لو قدس فيه أنبياء؟} وقد سماه الله تعالى أدنى، وذم من اختاره على المن والسلوى وجعله قرين الثوم والبصل، أفترى أنبياء بني إسرائيل قدسوا فيه لهذه العلة أم للمضار التي فيه: من تهييج السوداء، والنفخ، والرياح الغليظة، وضيق النفس، والدم الفاسد وغير ذلك من المضار المحسوسة.
ويشبه أن يكون هذا الحديث من وضع الذين اختاروه على المن والسلوى وأشباههم.
Ibn Al-Mubarak telah ditanya berkenaannya, kerana diriwayatkan secara bersanad daripada beliau. Ibn Al-Mubarak lalu berkata: Daripadaku?
Pandangan paling tinggi berkenaan kacang adas adalah ia merupakan syahwat golongan Yahudi. Andai ia disucikan oleh seorang Nabi, sudah pasti ia menjadi penawar kepada banyak penyakit. Lalu bagaimana pula jika ia disucikan oleh para Nabi?
Allah telah menamakannya sebagai adna dan Allah mencela orang yang memilihnya berbanding Manna dan Salwa serta menjadikannya sebagai pendamping bagi bawang putih dan bawang merah. Apakah kamu terpedaya dengan menganggap para Nabi Bani Israil menyucikannya kerana penyakit atau mudarat yang terdapat di dalamnya seperti sakit hempedu, hernia (angin pasang), sesak nafas, darah kotor dan mudarat fizikal lain.
Kemungkinan hadith ini sebahagian daripada rekaan orang yang memilihnya berbanding manna dan salwa dan orang seperti mereka.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.