Makanlah [dengan nama Allah]

TEKS BAHASA ARAB

كل [باسم الله]، ثقة بالله، وتوكلا عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makanlah [dengan nama Allah], keyakinan kepada Allah dan pergantungan kepada-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 391-392, hadis nombor 2088. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر – رضي الله عنه – أن النبي ﷺ أخذ بيد مجذوم، فأدخلها معه في القصعة فقال: «كل [باسم الله]، ثقة بالله، وتوكلا عليه». [د، ت، هـ، ابن السني، أبو العباس الأصم في «جزء من حديثه»، ك، عق، عد، أبو عبد الله الدقاق في «معجم مشايخه»، الضياء في «المنتقى من مسموعاته بمرو»، «الضعيفة» (1144)].

(Lemah) Daripada Jabir RA bahawa Nabi ﷺ memegang tangan seorang yang berpenyakit kusta, lalu baginda memasukkannya bersama tangannya ke dalam bekas makanan dan bersabda: “Makanlah [dengan nama Allah], keyakinan kepada Allah dan pergantungan kepada-Nya”. [Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dalam Sunan mereka, Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Laylah, Abu al-‘Abbas al-Asamm dalam Juz’ min Hadithih, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-‘Uqayli dalam al-Du’afa’, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, Abu Abdillah al-Daqqaq dalam Mu’jam Mashayikhih dan al-Diya’ dalam al-Muntaqa min Masmu’atih bi Marw. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1144].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

, keyakinan kepada Allah dan pergantungan kepada-Nya]

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs