Makanlah dengan nama Allah. Sebaik-baik makanan ialah kismis

TEKS BAHASA ARAB

كلوا بسم الله، نعم الطعام الزبيب، يشد العصب، ويذهب بالوصب، ويطفئ الغضب، ويطيب النكهة، ويذهب بالبلغم، ويصفي اللون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makanlah dengan nama Allah. Sebaik-baik makanan ialah kismis, ia menguatkan urat saraf, menghilangkan sakit, memadam kemarahan, mengharumkan bau mulut, menghilangkan kahak dan memperelokkan warna.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 390, hadis nombor 2074. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هند الداري قال: أهدي إلى رسول الله ﷺ طبق من زبيب مغطى فكشف عنه رسول الله ﷺ ثم قال: «كُلُوا بِسْمِ اللهِ، نِعْمَ الطَّعَامُ الزَّبِيبُ، يَشُدُّ الْعَصَبَ، ويُذْهِبُ بِالوَصَبِ، وَيُطْفِئُ الْغَضَبَ، وَيطَيَّبُ النَّكْهَةَ، وَيُذْهِبُ بِالْبَلْغَمِ، وَيُصَفِّي اللَّوْنَ». وذكر خصالا تمام العشرة لم يحفظها الراوي. [ابن حبان في «المجروحين»، أبو نعيم في «الطب»، الخطيب في «التلخيص»، ابن عساكر، «الضعيفة» (504)].

(Palsu) Daripada Abu Hind al-Dari, dia berkata: Telah dihadiahkan kepada Rasulullah ﷺ sepinggan kismis yang bertutup. Lalu Rasulullah ﷺ membuka penutupnya dan kemudian baginda bersabda: "Makanlah dengan nama Allah. Sebaik-baik makanan ialah kismis, ia menguatkan urat saraf, menghilangkan sakit, memadam kemarahan, mengharumkan bau mulut, menghilangkan kahak dan memperelokkan warna". Lalu baginda menyebutkan beberapa ciri sehingga cukup sepuluh ciri-ciri, namun tidak dihafal oleh perawi. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Majruhin, Abu Nu‘aym dalam al-Tibb, al-Khatib dalam al-Talkhis dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 504].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs