Makanlah buah safarjal (kuin) sebelum makan sesuatu

TEKS BAHASA ARAB

كلوا السفرجل على الريق فإنه يذهب وغر الصدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makanlah buah safarjal (kuin; bentuknya seperti buah epal atau buah pir) sebelum makan sesuatu kerana ia boleh menghilangkan kepanasan dada.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 63, hadis nombor 354. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini suatu pendustaan, tidak sahih satu pun hadith tentang buah safarjal.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.