Palsu
3 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كُلوا السَّفَرْجَلَ عَلَى الرِّيِق فَإِنَّهُ يُذْهِبُ وَغَرَ الصّّدْرِ.
Teks Bahasa Melayu
Makanlah buah safarjal (kuin; bentuknya seperti buah epal atau buah pir) sebelum makan sesuatu kerana ia boleh menghilangkan kepanasan dada.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 63, hadis no. 354. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ini suatu pendustaan, tidak sahih satu pun hadith tentang buah safarjal.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman