TEKS BAHASA ARAB
واكلي ضيفك، فإن الضيف يستحي أن يأكل وحده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Makanlah bersama tetamu kamu. Sesungguhnya tetamu malu bila makan secara sendirian.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 424, hadis nombor 2285. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ثوبان – رضي الله عنه -، قال: أنه جاء إلى النبي ﷺ، فقدم له طعاما، فقال النبي ﷺ لعائشة: «واكلي ضيفك، فإن الضيف يستحي أن يأكل وحده». [الطبراني في «مسند الشاميين»، «الضعيفة» (5546)].
(Munkar) Daripada Tsauban RA, beliau berkata: Beliau datang kepada Nabi ﷺ, lalu baginda menghidangkan makanan kepadanya. Kemudian Nabi ﷺ bersabda kepada ‘Aishah RA: "Makanlah bersama tetamu kamu. Sesungguhnya tetamu malu bila makan secara sendirian". [Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5546].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.