Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: كلوا البلح بالتمر فإن الشيطان إذا رآه غضب وقال: عاش ابن آدم حتى أكل الجديد بالخلق.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Makanlah Al-Balah (kurma yang belum matang) dengan Al-Tamr (kurma yang sudah matang) kerana sesungguhnya syaitan jika melihatnya ia akan marah sambil berkata: Anak Adam akan terus hidup sehingga dia makan makanan yang baru dengan yang usang.
Sahabat Perawi
- Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 181, hadis no. 63. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه أبو بكر الشافعي عن عائشة مرفوعا.قال الدارقطني: تفرد به أبو زكير عن هشام قال العقيلي: لا يتابع عليه ولا يعرف إلا به وقال ابن حبان: لا أصل له.قال ابن الجوزي: قد أخرج مسلم لأبي زكير ولعل الزلل من قبل محمد ابن شداد المسمعي. وقال في اللآلىء: قد أخرجه النسائي وابن ماجه والحاكم في المستدرك. وقال الذهبي في مختصره: إنه حديث منكر.
Abu Bakar as-Syafie meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW). Al-Daraqutni berkata: Abu Zukair bersendirian meriwayatkannya daripada Hisyam. Al-Uqaili berkata: Abu Zukair tidak disokong oleh perawi lain dan tidak diketahui hadith ini melainkan melalui beliau. Ibn Hibban berkata: Tidak ada asal baginya. Ibn Jauzi berkata: Muslim meriwayatkan dari Abu Zukair dan kemungkinan kesilapan datang dari Muhammad Ibn Syadad al-Musamma’i. Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al- La’ali’: Al-Nasaie, Ibn Majah, dan al-Hakim di dalam kitab Mustadrak, telah meriwayatkannya. Al-Zahabi berkata di dalam kitabnya Mukhtasar: Sesungguhnya ia hadith munkar (terlalu daif).
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman