Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ أَحَبَّ الطَّعَامِ إلى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الثَّرِيدُ فِي الخُبْزِِ، وَالثَّرِيدُ مِنَ التَّمْرِِ، يَعْنِي الحَيْسَ.
Teks Bahasa Melayu
Makanan yang paling digemari oleh Rasulullah SAW ialah tharid yang diperbuat daripada roti dan tharid yang diperbuat daripada tamar iaitu hais.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1045, hadis no. 5341. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان أحب الطعام إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الثريد من الخبز والثريد من التمر يعني الحيس. [د، ابن سعد، الضعيفة (1758)]
[Lemah] Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Makanan yang paling digemari oleh Rasulullah SAW ialah tharid yang diperbuat daripada roti dan tharid yang diperbuat daripada tamar iaitu hais. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan dan Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1758]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman