Makanan orang yang pemurah ialah ubat

TEKS BAHASA ARAB

طعام السخي دواء وطعام الشحيح داء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makanan orang yang pemurah ialah ubat, manakala makanan orang yang kedekut ialah penyakit.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 51, hadis nombor 273. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Penulis telah keliru kerana menisbahkannya kepada kitab Fawaid oleh al-Khiraqi, kerana yang mengeluarkannya adalah al-Tanukhi dalam Amali beliau yang disertakan sekali dengan Fawaid tulisan al-Khiraqi. Kemudian, hadith tersebut batil sebagaimana disebutkan oleh Ibn ‘Adi dan al-Zahabi. Al-Hafiz pula berkata: Munkar.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.