Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طَعَامُ السَّخِيِّ دَوَاءٌ وَطَعَامُ الشَّحِيحِ دَاءٌ.
Teks Bahasa Melayu
Makanan orang yang pemurah ialah ubat, manakala makanan orang yang kedekut ialah penyakit.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 51, hadis no. 273. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Penulis telah keliru kerana menisbahkannya kepada kitab Fawaid oleh al-Khiraqi, kerana yang mengeluarkannya adalah al-Tanukhi dalam Amali beliau yang disertakan sekali dengan Fawaid tulisan al-Khiraqi. Kemudian, hadith tersebut batil sebagaimana disebutkan oleh Ibn 'Adi dan al-Zahabi. Al-Hafiz pula berkata: Munkar.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman