Makanan orang yang dermawan adalah ubat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: طعام الجواد: دواء وطعام البخيل: داء.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Makanan orang yang dermawan adalah ubat, manakala makanan orang yang bakhil adalah penyakit.


STATUS

Munkar


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 81, hadis nombor 46. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في المختصر: حديث منكر.
وقال الذهبي: كذب وقال ابن عدي: باطل وفي المقاصد: رجاله ثقات.

Al-Fairuzabadi berkata: Hadith ini munkar (terlalu daif).
Al-Zahabi berkata: hadith ini dusta, Ibn Adi berkata: Hadith ini batil, al-Sakhawi berkata dalam al-Maqasid: Perawi hadith ini dipercayai.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs