Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Makanan orang mukmin pada zaman Dajjal adalah seperti makanan malaikat, iaitu: Tasbih dan taqdis

Teks Bahasa Arab

طعامُ المؤمنينَ في زَمَنِ الدَّجَّالِ طعامُ الملائكةِ: التسبيحُ والتقديسُ، فمن كان مَنْطِقُه يومئذٍ التسبيحَ والتقديسَ؛ أَذْهَبَ اللهُ عنه الجُوعَ، فلم يَخْشَ جُوعًا.

Teks Bahasa Melayu

Makanan orang mukmin pada zaman Dajjal adalah seperti makanan malaikat, iaitu: Tasbih dan taqdis, maka sesiapa yang hari tersebut percakapannya adalah tasbih dan taqdis, Allah akan menghilangkan rasa lapar daripadanya, maka dia tidak lagi bimbang akan kelaparan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1466, hadis no. 7461. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((طعام المؤمنين في زمن الدجال طعام الملائكة: التسبيح والتقديس، فمن كان منطقه يومئذ التسبيح والتقديس؛ أذهب الله عنه الجوع، فلم يخش جوعا)). [ك، ((الضعيفة)) ( 3825)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Makanan orang mukmin pada zaman Dajjal adalah seperti makanan malaikat, iaitu: Tasbih dan taqdis, maka sesiapa yang hari tersebut percakapannya adalah tasbih dan taqdis, Allah akan menghilangkan rasa lapar daripadanya, maka dia tidak lagi bimbang akan kelaparan. [Riwayat al-Ḥākim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3825]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.