Makanan orang beriman pada zaman al-Dajjal adalah tasbih

TEKS BAHASA ARAB

طعام المؤمنين في زمن الدجال طعام الملائكة: التسبيح والتقديس، فمن كان منطقه يومئذ التسبيح والتقديس؛ أذهب الله عنه الجوع، فلم يخش جوعاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makanan orang beriman pada zaman al-Dajjal adalah makanan para malaikat iaitu tasbih dan taqdis. Oleh itu sesiapa yang ketika itu ucapannya adalah tasbih dan taqdis, maka Allah SWT akan menghilangkan kelaparan daripadanya dan dia tidak perlu bimbang (takut) akan berasa lapar.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1333, hadis nombor 6810. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: طعام المؤمنين في زمن الدجال طعام الملائكة: التسبيح والتقديس، فمن كان منطقه يومئذ التسبيح والتقديس؛ أذهب الله عنه الجوع، فلم يخش جوعا.
[ك، ((الضعيفة)) (3825)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Makanan orang beriman pada zaman al-Dajjal adalah makanan para malaikat iaitu tasbih dan taqdis. Oleh itu sesiapa yang ketika itu ucapannya adalah tasbih dan taqdis, maka Allah SWT akan menghilangkan kelaparan daripadanya dan dia tidak perlu bimbang (takut) akan berasa lapar.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3825]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs