Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طعامُ المؤمنينَ في زَمَنِ الدَّجَّالِ طعامُ الملائكةِ: التسبيحُ والتقديسُ، فمن كان مَنْطِقُه يومئذٍ التسبيحَ والتقديسَ؛ أَذْهَبَ اللهُ عنه الجُوعَ، فلم يَخْشَ جُوعًا.
Teks Bahasa Melayu
Makanan orang beriman pada zaman al-Dajjal adalah makanan para malaikat iaitu tasbih dan taqdis. Oleh itu sesiapa yang ketika itu ucapannya adalah tasbih dan taqdis, maka Allah SWT akan menghilangkan kelaparan daripadanya dan dia tidak perlu bimbang (takut) akan berasa lapar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1333, hadis no. 6810. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: طعام المؤمنين في زمن الدجال طعام الملائكة: التسبيح والتقديس، فمن كان منطقه يومئذ التسبيح والتقديس؛ أذهب الله عنه الجوع، فلم يخش جوعا. [ك، ((الضعيفة)) (3825)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Makanan orang beriman pada zaman al-Dajjal adalah makanan para malaikat iaitu tasbih dan taqdis. Oleh itu sesiapa yang ketika itu ucapannya adalah tasbih dan taqdis, maka Allah SWT akan menghilangkan kelaparan daripadanya dan dia tidak perlu bimbang (takut) akan berasa lapar. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3825]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman