Makanan orang bakhil adalah penyakit

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: طعام البخيل داء وطعام السخي – وفي لفظ: الجواد – شفاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Makanan orang bakhil adalah penyakit, dan makanan orang pemurah – dalam lafaz lain: Dermawan – adalah penawar.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 114, hadis nombor 318. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أورده الدارقطني في غرائب مالك. قال الذهبي: كذب، وقال ابن عدي: باطل من مالك.

Al-Daraqutni memasukkannya dalam Gharaib Malik.
Al-Zahabi berkata: Dusta.
Ibn ‘Adi pula berkata: Batil daripada Malik.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.