TEKS BAHASA ARAB
من أكل طيبا، وعمل في سنة، وأمن الناس بوائقه، دخل الجنة. فقال رجل: يا رسول الله! إن هذا اليوم في الناس لكثير؟ قال: وسيكون في قرون بعدي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang makan makanan yang baik, beramal mengikut sunnah dan orang lain selamat daripada kejahatannya; dia pasti masuk syurga. Seorang lelaki pun berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini orang sedemikian ramai dalam kalangan manusia? Baginda bersabda: Ia akan berlaku pada kurun-kurun selepas kewafatanku.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1298, hadis nombor 6638. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أبي سعيد رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أكل طيبا وعمل في سنة وأمن الناس بوائقه دخل الجنة. فقال رجل: يا رسول الله! إن هذا اليوم في الناس لكثير؟ قال: وسيكون في قرون بعدي.
[هناد، ت، ك، طس، المزي ،اللالكائي، ((الضعيفة)) (6855)].
(Munkar)
Daripada Abi Sa’id RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang makan makanan yang baik, beramal mengikut sunnah dan orang lain selamat daripada kejahatannya; dia pasti masuk syurga. Seorang lelaki pun berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini orang sedemikian ramai dalam kalangan manusia? Baginda bersabda: Ia akan berlaku pada kurun-kurun selepas kewafatanku.
[Riwayat Hannad, al-Tirmizi, al-Hakim, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Mizzi, dan al-Lalaka'ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6855].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.