Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أَكَلَ طيِّبًا، وَعَمِلَ في سُنَّةٍ، وَأَمِنَ النَّاسُ بِوَائقَه، دَخَلَ الْجَنَّةَ. فَقَالَ رَجُلٌ : يَا رَسُولَ اللّهِ! إِنَّ هَذَا الْيَوْمَ فِي النَّاسِ لَكَثِيرٌ. قال: وَسَيَكُونُ فِي قُرُونٍ بَعْدِي.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang makan makanan yang baik, beramal mengikut sunnah dan orang lain selamat daripada kejahatannya; dia pasti masuk syurga. Seorang lelaki pun berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini orang sedemikian ramai dalam kalangan manusia? Baginda bersabda: Ia akan berlaku pada kurun-kurun selepas kewafatanku.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1298, hadis no. 6638. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي سعيد رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أكل طيبا وعمل في سنة وأمن الناس بوائقه دخل الجنة. فقال رجل: يا رسول الله! إن هذا اليوم في الناس لكثير؟ قال: وسيكون في قرون بعدي. [هناد، ت، ك، طس، المزي ،اللالكائي، ((الضعيفة)) (6855)].
(Munkar) Daripada Abi Sa'id RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang makan makanan yang baik, beramal mengikut sunnah dan orang lain selamat daripada kejahatannya; dia pasti masuk syurga. Seorang lelaki pun berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini orang sedemikian ramai dalam kalangan manusia? Baginda bersabda: Ia akan berlaku pada kurun-kurun selepas kewafatanku. [Riwayat Hannad, al-Tirmizi, al-Hakim, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Mizzi, dan al-Lalaka'ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6855].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman