Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أكلُ الشَّمَرِ أمانٌ من القُولَنْجِ.
Teks Bahasa Melayu
Makan jintan (nescaya) selamat dari penyakit usus.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1167, hadis no. 5891. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أكل الشمر أمان من القولنج)). [أبو نعيم الأصبهاني في ((الطب))، ((الضعيفة)) (481)].
(Palsu) Hadis ini telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Makan jintan (nescaya) selamat dari penyakit usus”. [Riwayat Abu Nu’aim al-Asbahani dalam al-Tib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 481].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman