Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الأكلُ في السُّوقِ دَناءَةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Makan di pasar merupakan perbuatan yang hina.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 195, hadis no. 1008. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، مرفوعا: ((الأكل في السوق دناءة)). [عبد بن حميد، العسكري في ((مسند أبي هريرة))، عد، خط، ((الضعيفة)) (2465)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Makan di pasar merupakan perbuatan yang hina. [Riwayat ‘Abd bin Humayd, al-’Askari dalam Musnad Abu Hurairah, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’ dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2465]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman