Makan dengan satu jari merupakan cara makan golongan syaitan

TEKS BAHASA ARAB

الأكل بأصبع واحد أكل الشيطان، وبالاثنين أكل الجبابرة، وبالثلاثة أكل الأنبياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makan dengan satu jari merupakan cara makan golongan syaitan. Manakala makan dengan dua jari adalah cara makan golongan yang sombong. Dan makan dengan tiga jari merupakan cara makan para Nabi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 195, hadis nombor 1007. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الأكل بأصبع واحد أكل الشيطان، وبالاثنين أكل الجبابرة، وبالثلاثة أكل الأنبياء)). [فر، ((الضعيفة)) (2360)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Makan dengan satu jari merupakan cara makan golongan syaitan. Manakala makan dengan dua jari adalah cara makan golongan yang sombong. Dan makan dengan tiga jari merupakan cara makan para Nabi.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad Al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2360]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs