TEKS BAHASA ARAB
أكل اللحم يحسن الوجه، ويحسن الخلق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Makan daging boleh memperelokkan muka dan memperindahkan akhlak.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 391, hadis nombor 2082. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: «أكل اللحم يحسن الوجه، ويحسن الخلق». [تمام، ابن عساكر، «الضعيفة» (1139)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Makan daging boleh memperelokkan muka dan memperindahkan akhlak". [Riwayat Tammam al-Razi dalam al-Fawaid dan Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1139].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.