Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَكْلُ السَّفَرْجَلِ يُذهِبُ بِطَخاءَ القلبِ.
Teks Bahasa Melayu
Makan buah safarjal (quince) akan menghilangkan kedukaan jantung hati.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1186, hadis no. 6014. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال - صلى الله عليه وسلم -: ((أكل السفرجل يذهب بطخاء القلب)). [أبو علي القالي، ((الضعيفة)) (7044)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Makan buah safarjal (quince) akan menghilangkan kedukaan jantung hati. [Riwayat Abu ‘Ali al-Qali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7044]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman