Makan bersama pembantu adalah sebahagian daripada sifat tawaduk

TEKS BAHASA ARAB

الأكل مع الخادم من التواضع، فمن أكل معه اشتاقت إليه الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makan bersama pembantu adalah sebahagian daripada sifat tawaduk. Sesiapa yang makan bersamanya maka syurga akan merinduinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 174, hadis nombor 876. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أم سلمة -رضي الله عنها- مرفوعا: الأكل مع الخادم من التواضع، فمن أكل معه اشتاقت إليه الجنة.
[فر، ((الضعيفة)) (612)]

(Palsu)
Daripada Ummu Salamah – Raḍiyallāhu ‘anha – secara Marfu’: “Makan bersama pembantu adalah sebahagian daripada sifat tawaduk. Sesiapa yang makan bersamanya maka syurga akan merinduinya”.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 612]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs