Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الأكلُ مع الخادِمِ من التواضعِ، فمن أكل معه اشتاقت إليه الجنةُ.
Teks Bahasa Melayu
Makan bersama pembantu adalah sebahagian daripada sifat tawaduk. Sesiapa yang makan bersamanya maka syurga akan merinduinya.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 174, hadis no. 876. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أم سلمة -رضي الله عنها- مرفوعا: الأكل مع الخادم من التواضع، فمن أكل معه اشتاقت إليه الجنة. [فر، ((الضعيفة)) (612)]
(Palsu) Daripada Ummu Salamah - Raḍiyallāhu ‘anha - secara Marfu’: “Makan bersama pembantu adalah sebahagian daripada sifat tawaduk. Sesiapa yang makan bersamanya maka syurga akan merinduinya”. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 612]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman