Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أَكَلَ مَعَ مَغْفُورٍ غُفِرَ لَهُ
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang makan bersama orang yang diberikan keampunan, maka dia juga diberikan keampunan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 88, hadis no. 406. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حجر: موضوع، وقال مرة: لا أصل له، وقال غيره: لا إسناد له وعن بعض الصالحين أنه رأى النبي - صلى الله عليه وسلم - في المنام، فقال: يا رسول الله أنت قلت، وذكره قال: نعم، ومن نظر إلى مغفور غفر له، قال السخاوي: والمعنى صحيح، إذا أكل بنية البركة والمحبة في الله.
Ibn Hajar berkata: "Palsu", dikali yang lain pula beliau berkata: "Tidak ada asalnya". Tokoh selain beliau pula berkata: "Hadith tersebut tidak memiliki sanad". Turut diriwayatkan daripada sebahagian orang-orang soleh bahawa dia bermimpi melihat Nabi SAW lalu bertanya: "Wahai Rasulullah! Benarkah anda mengatakannya?", lalu dia menyebutkan bahawa Baginda bersabda: "Ya, dan sesiapa yang melihat orang yang diberikan keampunan, dia juga diampunkan". Al-Sakhawi berkata: "Makna hadith tersebut betul, apabila dia makan dengan niat inginkan keberkatan dan kecintaan kerana Allah".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman