TEKS BAHASA ARAB
في قوله: {فطفق من مسحاً بالسوق والأعناق} قال: يقطع أعناقها وسوقها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Firman Allah SWT: ((Maka ia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor). (Saad: 33), Baginda berkata: (Menyapu, maksudnya ialah) dipotong lehernya dan betisnya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1606, hadis nombor 8097. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أُبي بن كعب عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((في قوله: {فطفق من مسحاً بالسوق والأعناق} [ص: 33]. قال: يقطع أعناقها وسوقها)).[طس، ((الضعيفة)) (6888/م)].
(Munkar)
Daripada Ubay Bin Ka’ab, daripada Nabi SAW, firman Allah SWT: ((Maka ia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor). (Saad: 33), Baginda berkata: (Menyapu, maksudnya ialah) dipotong lehernya dan betisnya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6888].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.