Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Maka ia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu

Teks Bahasa Arab

في قولِهِ: {فَطَفِقَ مَسْحًا بِالسُّوقِ وَالْأَعْنَاقِ} قال : يقطعُ أعناقَهَا وسُوقَهَا.

Teks Bahasa Melayu

Firman Allah SWT: ((Maka ia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor). (Saad: 33), Baginda berkata: (Menyapu, maksudnya ialah) dipotong lehernya dan betisnya.

Sahabat Perawi

  1. Ubay bin Kaab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1606, hadis no. 8097. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أُبي بن كعب عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((في قوله: {فطفق من مسحاً بالسوق والأعناق} [ص: 33]. قال: يقطع أعناقها وسوقها)).[طس، ((الضعيفة)) (6888/م)].

(Munkar) Daripada Ubay Bin Ka’ab, daripada Nabi SAW, firman Allah SWT: ((Maka ia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor). (Saad: 33), Baginda berkata: (Menyapu, maksudnya ialah) dipotong lehernya dan betisnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6888].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.