Majlis yang paling mulia adalah yang menghadap kiblat

TEKS BAHASA ARAB

إن لكل شيء شرفا، وإن أشرف المجالس ما استقبل به القبلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu adalah kemuliaan dan majlis yang paling mulia adalah yang menghadap kiblat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1255, hadis nombor 6415. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إن لكل شيء شرفا، وإن أشرف المجالس ما استقبل به القبلة.
[ابن سعد، طب، ابن بشران في ((الكراس الأخير من الجزء الثلاثين))، أبو حفص الكتاني في ((جزء من حديثه))، ك، القضاعي، ((الضعيفة)) (2786)].

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu adalah kemuliaan dan majlis yang paling mulia adalah yang menghadap kiblat.
[Diriwayatkan oleh Ibn Sa'd, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Ibn Bishran dalam al-Karras al-'Akhir Min al-Juz al-Thalathin, Abu Hafs al-Kittani dalam Juz Min Hadisihi, al-Hakim, al-Qudha'i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2786]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.