Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ لكلِّ شيءٍ شرفًا، وإنَّ أشرفَ المجالسُ ما استُقْبلَ به القبلة.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu adalah kemuliaan dan majlis yang paling mulia adalah yang menghadap kiblat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1255, hadis no. 6415. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إن لكل شيء شرفا، وإن أشرف المجالس ما استقبل به القبلة. [ابن سعد، طب، ابن بشران في ((الكراس الأخير من الجزء الثلاثين))، أبو حفص الكتاني في ((جزء من حديثه))، ك، القضاعي، ((الضعيفة)) (2786)].
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu adalah kemuliaan dan majlis yang paling mulia adalah yang menghadap kiblat. [Diriwayatkan oleh Ibn Sa'd, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Ibn Bishran dalam al-Karras al-'Akhir Min al-Juz al-Thalathin, Abu Hafs al-Kittani dalam Juz Min Hadisihi, al-Hakim, al-Qudha'i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2786]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman