TEKS BAHASA ARAB
مجالس الذكر تنزل عليهم السكينة، وتحف بهم الملائكة، وتغاشهم الرحمة، ويذكرهم الله على عرشه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Majlis-majlis zikir akan turun ke atas mereka ketenangan, dinaungi mereka oleh malaikat, dilimpahi mereka dengan kerahmatan dan disebutkan mereka oleh Allah di ‘Arash-Nya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1493, hadis nombor 7611. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا اللفظ) عن أبي هريرة وأبي سعيد مرفوعاً: مجالس الذكر تنزل عليهم السكينة، وتحف بهم الملائكة، وتغاشهم الرحمة، ويذكرهم الله على عرشه. [حل، خط، ((الضعيفة)) (4506)]
(Palsu dengan lafaz ini) Daripada Abu Hurairah dan Abi Said R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Majlis-majlis zikir, akan turun ke atas mereka (mereka yang berada dalam majlis tersebut) ketenangan, dinaungi mereka oleh malaikat, dilimpahi mereka dengan kerahmatan dan disebutkan mereka oleh Allah di Arasy-Nya. [Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4506]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.