Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَجَالِسُ الذِّكْرِ تَنْزِلُ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ، وَتَحُفُّ بِهِمُ المَلاَئِكَةُ، وَتَغْشَاهُمُ الرَّحْمَةُ، وَيَذْكُرُهُمُ الله عَلَى عَرْشِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Majlis-majlis zikir akan turun ke atas mereka ketenangan, dinaungi mereka oleh malaikat, dilimpahi mereka dengan kerahmatan dan disebutkan mereka oleh Allah di ‘Arash-Nya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1493, hadis no. 7611. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا اللفظ) عن أبي هريرة وأبي سعيد مرفوعاً: مجالس الذكر تنزل عليهم السكينة، وتحف بهم الملائكة، وتغاشهم الرحمة، ويذكرهم الله على عرشه. [حل، خط، ((الضعيفة)) (4506)]
(Palsu dengan lafaz ini) Daripada Abu Hurairah dan Abi Said R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Majlis-majlis zikir, akan turun ke atas mereka (mereka yang berada dalam majlis tersebut) ketenangan, dinaungi mereka oleh malaikat, dilimpahi mereka dengan kerahmatan dan disebutkan mereka oleh Allah di Arasy-Nya. [Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4506]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman