Daif

30/06/2024

minit bacaan



Majlis itu kesemuanya merupakan suatu amanah melainkan tiga majlis

Teks Bahasa Arab

المجالسُ بالأمانةِ إلا ثلاثةَ مَجَالِسَ، مَجْلِسٌ يُسْفَكُ فيه دمٌ حرامٌ، ومَجْلِسٌ يُسْتَحَلُّ فيه فَرْجٌ حرامٌ ومَجْلِسٌ يُسْتَحَلُّ فيه مالٌ من غيرِ حَقٍّ.

Teks Bahasa Melayu

Majlis itu kesemuanya merupakan suatu amanah melainkan tiga majlis. Iaitu majlis yang ditumpahkan padanya darah secara haram, majlis yang dihalalkan padanya kemaluan secara haram, serta majlis yang dihalalkan padanya harta tanpa sebarang hak.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 191, hadis no. 981. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله مرفوعا: ((المجالس بالأمانة إلا ثلاثة مجالس، مجلس يسفك فيه دم حرام، ومجلس يستحل فيه فرج حرام ومجلس يستحل فيه مال من غير حق)). [د، حم، أبو جعفر الطوسي في ((الأمالي))، ((الضعيفة)) (‌‌1909)]

(Daif) Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Majlis itu kesemuanya merupakan suatu amanah melainkan tiga majlis. Iaitu majlis yang ditumpahkan padanya darah secara haram, majlis yang dihalalkan padanya kemaluan secara haram, serta majlis yang dihalalkan padanya harta tanpa sebarang hak. [Riwayat Abu Dawud dalam Sunannya, Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya dan Abu Ja’far al-Thusi dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1909]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.